fbpx

Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi

Anda inginkan muka yang cantik, gebu, bak kata rang glowing dan flawless? Anda dah serik menggunakankan pelbagai cara dan produk untuk mendapatakan muka yang glowing dan flawless tetapi tidak berjaya? Anda inginkan rupa wajah anda anggun dan cantik secara semulajadi, tanpa make up atau tanpa membelanjakan wang yang besar untuk membuat treatment supaya raut wajah anda tampak gojes, flawless, glowing dan cantik?

Tips Muka Glowing

Jangan risau ya! Mari kita cuba amalkan tips-tips muka glowing dan flawless secara semulajadi. Dengan mengamalkan tips-tips ini dan dengan sedikit usaha, anda akan mampu untuk tampak lagi anggun, cantik dan jelita. Mari kita lihat apakah tips-tips yang kita boleh amalkan untuk mendapatkan raut wajah muka yang glowing dan flawless secara semulajadi.

 Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi

#1:  Minum Air Putih Dengan Secukupnya

Tips Muka Glowing MInum Air Putih

Ini adalah tips untuk muka glowing dan flawless secara semulajadi yang paling asas dan penting sekali. Tubuh badan anda memerlukan air berish untuk membantu menggantikan sel-sel yang mati di dalam badan anda. Anda seharusnya minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi memastikan sistem dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh badn anda mendapat air yang cukup, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi. Tips ini memang harus diamalkan pada setiap masa dan waktu.

#2: Air Beras

Tips Muka Glowing Dengan Air Beras

Tahukah air beras tu apa? Bagi yang memang rajin ke dapur tau lah ya apa tu air beras, yang tak tahu tu sekali-sekala jenguk-jenguk la di dapur tu ya. Air beras merupakan air daripada mencuci beras sebelum ia dimasak dan kebiasaannya ia dibuang semasa proses mencuci beras. Apa kata untuk kali ini jangan dibuang air cucian beras itu, sebaliknya tadahkan dan simpan di dalam bekas air yang berasingan, seperti baldi atau sebagainya. Tahukah anda bahawa air beras mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan? Air bilasan dari mencuci beras itu dikatakan dapat mampu menghaluskan serta memutihkan kulit. Caranya adalah untuk megambil air bilasan ini dan amalkan berendam dalam air bilasan tersebut selama 15-20 minit setiap hari.

#3: Beras Pulut sebagai Masker

Tips Muka Glowing dengan Beras Pulut

Beras pulut adalah sejenis beras yang anda boleh dapati secara mudah di pasar-pasar. Bukan pulut yang dah dimasak dan boleh terus dimakan ya! Untuk tips ini yang akan dapat memberikan anda muka glowing dan flawless secara semulajadi, ambil beras pulut tersebu dan gorengkan ia tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras pulut tersebut menjadi kekuningan. Selepas proses menggoreng, tumbuk atau kisarkan beras pulut tersebut supaya menjadi seperti serbuk bedak. Apabila proses kisar atau tumbuk selesai, bancuh dengan air dan sapukan kepada wajah. Biarkan ia kering untuk seketika waktu dan basuh dengan air bersih. Amalkan tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, gebu, anggun dan bergaya.

#4: Menggunakan Yogurt Asli

Tips Muka Glowing Dengan Masker

Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit, terutaman sekali pada kulit muka anda. Untuk tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini, caranya adalah untuk ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan tips ini 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.

#5: Elakkan Sinaran Ultra Ungu (Ultraviolet – UV)

Elakkan Sinaran UV untuk tips muka glowing

Matahari adalah sumber yang besar bagi vitamin D. Sinaran matahari dari jam 7 pagi hingga 9 pagi adalah yang terbaik untuk kulit. Cuba elakkan sinaran matahari selepas waktu ini adalah sangat penting. Sinaran UV yang agak kuat bukan sahaja boleh merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan terhadap sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit. Elakkan matahari terutamanya dari 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari boleh menyebabkan kerosakkan walaupun untuk kulit normal.

#6: Sapukan Larutan Jus Lemon

Sapu Air Lemon untuk Tips Muka Glowing

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.

Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda. Anda sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati


credit :
https://profhariz.com/tips-muka-glowing-dan-flawless-secara-semulajadi/

Follow Us

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0